Monday, November 23, 2009

Fiqh Aulawiyat....

“Meletakkan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum hakam dan nilai-nilai akhlak yang mulia yang mengikut Syariat Islam berdasarkan wahyu Ilahi sebagai petunjuk kepada akal fikiran insan”.

perkara yang kurang penting tidak boleh didahulukan keatas perkara yang penting, dan perkara yang penting tidak boleh diutamakan keatas perkara yang sangat penting dan selanjutnya.

perkara yang paling utama dan sangat penting mesti diletakkan diurutan tangga yang teratas dan harus didahulukan daripada perkara yang berada diurutan selanjutnya.

perkara-perkara penting yang diabaikan muslimin sekarang ini

1.melalaikan tugas fardhu kifayah dalam maslahah ummah.
2.melalaikan tugas fardhu ain seperti amar makruf nahi mungkar
3.mengutamakan sebahagian rukun Islam daripada sebahagian tuntutan rukun lain
4.memberi tumpuan kepada perkara-perkara sunnah daripada perkara fardhu(wajib)
5.lebih mengutamakan sifat individual(perseorangan) seperti solat/zikir daripada yang bersifat jamaah yang manfaatnya kembali kepada kepentingan orang ramai
6.mendahulukan perkara remeh-temeh berbanding perkara asasi/pokok
7.sibuk memerangi perkara yang makruh/syubhah sedangkan memerangi perkara yang jelas haram terlalu sedikit ditekankan

hal ini kerana rapuhnya asas keutamaan penilaian umat serta rapuhnya keutamaan penilaian cendekiawan muslimin

catatan daripada buku fiqh awlawiyyat karangan dr yusuf qardhawi
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Followers

Fastabiqul khoirat.... Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa